Monday, November 23, 2009
Monday, August 24, 2009
Ramadhan tiba lagi....
Sunday, August 2, 2009
Hari ini....
Sibuk betul aku kebelakangan ini...Banyak kerja yang perlu diuruskan...tapi alhamdulillah segala nya masih dalam kawalanku...Abi pun sibuk.Baru balik dari labuan..esok ke melaka pulak seminggu.semua orang sibuk dengan urusan masing-masing...aku penat.mujur sekarang along ngn angah ikut abi ke ofis, tinggal aku dgn achik di rumah...bolehlah senyap sikit...boleh menenangkan fikiran sikit.....Tapi yang penting itu semua urusan hidup yang mesti dilalui dengan tenaang dan sabar....kerana keluargaku..adalah kehidupanku..
Tuesday, July 21, 2009
Hari-hari yang sibuk

Rasa macam dah lama tak ada masa untuk diriku sendiri.banyak kerja yang perlu disiapkan.Belum habis satu muncul satu lagi...Tak menang tangan...Dah dua hari abi tiada di rumah.Sunyi...rindu..semua ada walaupun di tengah kesibukan..malam ni dia balik dari kota kinabalu, Lusa pergi semula ke Labuan...ahhhh..sunyi lagi aku..mujur ada anak-anak pengubatnya.tapi yang penting abi sihat,selamat dan gembira dengan apa yang dilakukannya...
Wednesday, July 15, 2009
Sunyi...

Aku rasa sunyi.....selalu biarpun di tengah kebisingan pelbagai jenis manusia.Kesibukan aku dengan tugas yang entah dari mana datangnya...tidak mampu mengatasi kesepian hatiku...Kenapa ya??
Ya Allah..kadang-kadang aku terasa kesedihan datang tiba-tiba.Banyak perkara bermain dalam fikiranku...terdetik di hatiku..Andainya orang tahu betapa terasa beratnya menahan perasaan tertekan,kesedihan hatiku...pastinya tiada yang percaya pada wajah yang sering ceria.tertawa dan tersenyum ini,menyimpan seribu kepahitan....
Sesekali terbayang wajah jernih arwah mak...Tenangnya bila terbayang wajah itu..Namun dia sudah tiada untuk aku luahkan apa yang ada dihati...Hilang sudah tempat bermanjaku sebelum sempat aku membahagiakannya sepenuh jiwaku...Ah...semoga rohnya dicucuri Allah dan ditempatkan di kalangan orang beriman...
Hati kecilku sebagai seorang guru...
banyak kekecewaan yang aku rasai..terasa kegagalanku menjadi guru yang baik.Tidak mampu menjadi yang terbaik...Namun aku berazam...selagi masih termampu aku akan terus berusaha..mudahan terbuka hati anak-anak muridku untuk berubah..biarpun bukan menjadi terbaik tapi berusaha menjadi lebih baik dari sekarang...Amin
Semoga perjalanan hidup ini penuh keceriaan

Hari ini pertama kali aku menulis dalam blog ini..Anggaplah ia sebagai permulaan kepada coretan kehidupan yang penuh dugaan dan ranjau.Namun aku harap setiap ujian yang Allah kurniakan akan menjadikan aku lebih matang menilai hidup...Semoga perjalanan hidupku biarpun sesingkat manapun pinjaman waktu yang Allah berikan akan menjanjikan seribu kemanisan terutama bersama insan-insan yang paling bermakna dalam hidupku...
Subscribe to:
Posts (Atom)